Thursday, February 6

kekasihku seru

bila mahu berubah?
belum sampai serulah
bila mahu berubah?
tunggu kahwin aku berubah lah
bila mahu berubah?
dah ada anak aku berubah lah

dah kahwin aku berubah lah,
aku nak jadi isteri solehah,
aku tak nak suamiku ke neraka ALLAH,

dah ada anak aku berubah lah,
aku nak anakku jadi soleh dan solehah,

pernahkan kau fikirkan ayahmu,
pernahkah kau fikirkan abangmu,
pernahkah kau fikirkan adik lelakimu,
tidak sayangkah kau kepada mereka?

siapa yang menanggung dosamu,
ketika kau belum menjadi isteri mana2 lelaki,
mereka juga tidak mahu ke neraka ALLAH,
pernahkah kau fikirkan mereka,
tidak sayangkah kau kepada mereka?

YA ALLAHU YA RABBI



Tuesday, February 4

CINTA

kadang kadang kita terlalu 
fikirkan cinta dan jodoh

hingga terlupa untuk membalas cinta dan pengorbanan ibubapa
apatah lagi cinta ALLAH dan RASUL

sudahlah wahai saudari
fokuskan dulu pada yang maha ESA
dahulukan ayah dan ibu

INSYAALLAH hidupmu lebih bahagia :)

Saturday, December 21

Masih Jauh


Masih jauh untuk ku menggapai mimpi2 indah di Jannah mu Ya Rabbi.. Masih jauh aku dengan kasihmu Ya Illahi.. Masih jauh untuk ku mengenali mu Ya Rahman.. Masih jauh aku perlu berjalan untuk meraih cintamu yang hakiki Ya Quddus.. 

Tapi aku berterima kasih dengan hidayahmu Ya Rahim.. semoga diri ini dipilih menjadi yang baik daripada yang terbaik.. Semoga hidayahmu kekal sehingga hujung nyawa ini.. semoga di nafas terakhir ku, kalimah lailahaillallah muhammadarrasulullah berada di genggaman..  

Ya Allah Guide me all the way to your Jannah Ya Allah, Ya Allah Don't let me go astray 'cause I need you

**Rabbi Yasir wala tu' assir robbi tammim bil khoir




Sunday, December 8

Bahagia


Bahagia itu milik Allah swt. Kita hanya watak yang meminjam RASA itu. Berjalan lah di jalan yang betul.Bermainlah dengan watak yang dituntut.



Monday, December 2

Aku


teringin menulis teringin meluahkan pendapat dan perasaan.blog yang sudah lama tidak di update kembali bersiaran.walaupun tiada follwers,tapi sekadar suka-suka.mungkin ianya diari yang pasti tiada privasi.bukan untuk mengaibkan siapa-siapa sekadar perkongsian ilmu yang tak seberapa.